Seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai dua anak telah dipukul serta dipaksa menyusukan kekasihnya di hadapan orang ramai sebagai balasan kerana berlaku curang.
Wanita berusia 24 tahun itu menetap di sebuah kampung kecil, Wardha di Mudhya Predesh.Selain itu, dia turut dicukur kepala sebagai hukuman untuk memalukannya.
Menurut polis, wanita itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia 20-an dikenali sebagai Kamlesh.Pasangan itu kemudiannya telah melarikan diri.
Namun suami wanita itu berjaya mengesan mereka dan dia membawa pasangan kekasih itu kepada ketua kampung.
Meskipun suaminya tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan, namun penduduk di situ tetap mahukan hukuman itu dilaksanakan.
Pasangan kekasih itu kemudiannya membuat laporan polis dan beberapa orang telah ditahan susulan kejadian berkenaan.
Harap Maaf video tak dapat dikongsikan kerana ia agak lucah tak sesuai untuk ditonton.- MyNewsHub
0 Komentar untuk "MELAMPAU!! Video Wanita Curang Dipaksa Menyusukan Kekasih Depan Orang Ramai!!"