Sumpah Kami Tak Buat Apa, saya Cuma Teman Dia Tidur Je!!


KUALA TERENGGANU – “Sumpah, kami tak buat apa-apa, saya cuma nak teman dia tidur sebab sering diganggu saka arwah ibunya,” demikian penjelasan seorang duda ketika dicekup berkhalwat di rumah sewa pasangannya, di Bukit Kecil, di sini, hari ini.
Duda dua anak berusia 49 tahun ditahan selepas rumah sewa pasangannya yang juga janda anak dua, 36, diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.20 pagi.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam di sekitar kawasan berkenaan berkaitan tindak tanduk mencurigakan pasangan tersebut selama ini.
Katanya, sebelum ini, masyarakat di sekitar kawasan tersebut memerhatikan gelagat lelaki yang bekerja di sebuah bank di bandaraya ini sering berkunjung ke rumah sewa wanita itu pada waktu lewat malam terutama ketika orang nyenyak tidur.
“Duda itu mendakwa tujuannya sering ke rumah tersebut adalah semata-mata untuk menemani wanita itu yang takut tidur berseorangan kerana sering diganggu saka arwah ibunya.
“Dia mendakwa wanita yang hidup menjanda sejak dua tahun lalu ada menelefonnya sebelum itu meminta tolong datang ke rumah kerana terlalu takut dan disebabkan kasihan, dia mengambil keputusan pergi ke rumah itu,” katanya.
Wan Mohd berkata, lelaki itu turut mendakwa mengenali pasangannya yang bekerja sebagai peniaga di talian melalui media sosial ‘grup WhatsApp’ dan hubungan mereka hanya sekadar kawan.
“Lelaki tersebut turut mendakwa mereka hanya bersembang sambil menonton filem sebelum rumah terbabit diserbu pihak berkuasa,” katanya.
Jelasnya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.-Sinar Harian
0 Komentar untuk "Sumpah Kami Tak Buat Apa, saya Cuma Teman Dia Tidur Je!!"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita HANGAT - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info