(VIDEO) Pembaca Berita Terkenal Apabila Tanpa Sedar ‘Seluar Keciknya’ Turut “On Air”




SEORANG penyampai berita wanita mendapat malu besar apabila mengalami pengalaman pakaian ‘gagal fungsi’ atau wardrobe malfunction ketika ke udara di sebuah saluran televisyen Itali.
Costanza Calabrese, seorang penyampai berita lewat tengah malam bagi saluran televisyen tempatan Itali, TG 5 didakwa ‘terlupa’ bahawa dia sedang bersiaran langsung di sebuah meja kaca dan tidak sengaja mempamerkan seluar dalamnya kepada tontonan umum.
Menerusi video yang tersebar, pada mulanya kamera hanya memfokuskan pada bahagian muka hingga paras bahunya sahaja kemudian ke seluruh set itu hingga menampakkan kaki Calabrese yang berada di sebalik meja itu.
Malangnya, bukan kaki Calabrese yang menjadi perhatian umum tetapi penampakkan seluar dalam yang dipakainya membuatkan video itu menjadi viral.
Meskipun menyedari masalah yang dihadapinya, Calabrese tetap meneruskan penyampaian beritanya sebagai seorang yang profesional dan tidak terganggu dengan hal tersebut.Video yang tersebar di laman YouTube itu telah ditonton lebih 950 ribu kali.
0 Komentar untuk "(VIDEO) Pembaca Berita Terkenal Apabila Tanpa Sedar ‘Seluar Keciknya’ Turut “On Air”"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita HANGAT - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info